Ahad, 30 Oktober 2016

Birthday Giveaway by KasihkuAmani


Salam satu Malaysia Dan Happy Deepavali

Sempena cuti sekolah nie ... memang kita ada masa nak join GA nie ...

Kalau korang nak join pun boleh ....

Tarikh GA dari 1 October hingga 30 November 2016

Klik Je banner di bawah



Jumaat, 28 Oktober 2016

GIVEAWAY SALAM PERKENALAN by MASHITAHMAMAT



Salam Jumaat....

Okey ... lega ... minggu nie ... peperiksaan sekolah rendah dan sekolah agama anak pun dah lepas ...

Tunggu naik cuti sekolah 2 November nia untuk penerimaan buku teks sekolah rendah dan sekolah agama .... haa tue belum lega .... sebab nak bawa buku balik tue yang berat ... lagi kalau budak darjah 5

Untuk makluman semua GA nie baru bermula 13 oct dan tarikh akhir 15 november ... 

Jom pakat ramai join GA nie ... klik jer banner di bawah nie




Khamis, 27 Oktober 2016

Sunnatullah Mencari Rezeki



Allah SWT memberi rezeki kepada burung, tetapi Dia tidak melemparkannya ke dalam sarang burung.

Dia menetapkan bahawa burung itu mesti berusaha mencari rezekinya. Sebab itulah setiap burung terbang keluar pada waktu pagi untuk berikhtiar mencari rezekinya dan pulang pada waktu petang dalam keadaan perut kenyang.

Inilah Sunnatullah.

Kita sebagai manusia juga tidak akan terlepas dari sunnatullah ini. Jika kita ingin memperoleh rezeki yang banyak, kita harus gigih berusaha. Kita mesti bergerak aktif menjemput rezeki kita.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri..” (Ar-Ra’d:11)

Allah memberi rezeki kepada hamba-Nya sesuai dengan kualiti ikhtiarnya. Jadi, jika usaha kita cuma secawan, jangan mimpi nak dapat sebaldi. Kita tidak akan mampu menanggungnya nanti.

Sikap terbaik yang harus kita lakukan adalah gigih berikhtiar menjemput rezeki, diiringi dengan doa dan tawakal kepada Allah SWT.

Kita serahkan sepenuhnya kepada Nya. Sungguh Allah Maha Luas kurnia Rezeki-Nya.


Rabu, 26 Oktober 2016

KEJAYAAN HANYA UNTUK MEREKA YANG BERUSAHA




Ramai yang kata, bahaya. Nanti terbakar tangan.

Tapi orang yang berjaya kata;

" High Risk High Return. "

Bila ada yang jatuh, mereka yang berjaya kata;
" No Pain No Gain. "

Berjaya bukanlah sesuatu yang mudah, mereka harus menggali ilmu sedalam-dalamnya.

Tawaran diskaun 30% setiap buku bisnes.


 

 

 










Kelas Facebook Marketing 101





Kelas ini akan diadakan pada hujung minggu ini (29 Oktober 2016).Di dalam kelas ini peserta bakal belajar teknik-teknik FB Ads asas dari A-Z secara praktikal melalui bimbingan Tuan Firdaus Azizi sendiri.

Baca je walaupun tak faham, sebab ia ada SIDE EFFECT




Ada satu buku ni memang pelik sikit. Buku lain kita baca utk faham, tapi buku ni kita baca juga tapi ramai yang tak faham.

Nama buku itu Al-Quran.

Disebabkan tak faham (yelah, ia dlm bahasa arab kan?), kita tak begitu teruja nak 'dig deeper' isinya. Tak macam fb, teruja je nak baca. Tapi buku ni ada satu SIDE EFFECT yg tiada pada buku lain, even wassap pun tiada.

POWER, side effectnya adalah ....ia boleh datangkan keberkahan dlm hidup.

'(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan BERKAH, untuk mereka memahami kandungan ayatNya, dan untuk mereka yg gemar mengambil iktibar'. (Surah Sod, 29)

  • Hidup yg berkah, masalah banyak pun tapi kita ada keyakinan nak menghadapinya.
  • Hidup yg berkah, duit sedikit dirasa nikmat. Dirasa banyak
  • Hidup yang berkah, rumah kecil tapi kebahagiaan memenuhinya.
  • hidup berkah, hati mudah je terpanggil nak sedekah, pergi masjid & sayangi orang.

Berkah. Barokah. Keberkatan. Itulah yang kita dapat bila baca Al-Quran.

Bacalah Al-Quran agar hidup kita terisi dengan berkah. Bacalah walaupun tak faham sebab kita pasti dapat manfaat. Wajibkan diri membacanya at least semuka sehari walaupun ganjaran pahalanya tak pernah dilihat, tak pernah dirasai.

Kerana Al-Quran ni bukan tulisan biasa. Al-Quran adalah Kalamullah.... idea, firman Tuhan. 'Deal' dengan Tuhan tiada yang sia-sia. Semuanya nikmat, semuanya manfaat belaka.

Untuk mereka yang 'believe' : beriman.

Andai anda masih bermasalah membaca Al-Quran, masih banyak 'sangkut-sangkut' ketika membacanya ..Hadiri seminar Tajwid Luarbiasa. InsyaAllah dlm 2 hari sj, anda ada ilmu yg cukup utk lebih yakin baca Quran tanpa salah-silap. Lebih yakin join tadarus & lebih yakin mengajar anak baca Quran sendiri di rumah.


--> Dewan Produktiviti MPC, Bandar baru Uda, J.B pada 28 & 29.10.16


Maklumat lanjut, layari :

Isnin, 24 Oktober 2016

Kelebihan baca Quran awal pagi yg ramai tak perasan






Al-Quran ini Tuhan ibaratkan seperti ubat. Ia ada hidden healing effect (syifa' fis sudur), kesan penyembuh yang hanya dirasai oleh pengambilnya :


'Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepadamu Al-Quran, peranannya
sebagai pengajaran dari Tuhanmu, penawar bagi penyakit batin dalam hatimu,
sebagai hidayah petunjuk serta rahmat bagi orang beriman'. (Surah Yunus, 57)


Kita ni nampak je luarannya sihat, tapi dalamannya sakit. Kita cepat sakit hati, tak puas hati, geram, dengki, keras hati, lupa bersyukur, cepat putus asa, banyak berprasangka, pemalas, buang masa, suka maksiat & jauh dari Tuhan. Status kita parah sebab, kebanyakan masalah hidup yang kita hadapi sekarang berpunca dari sikap negatif inilah.


Tapi bila kita mulakan hari dengan membaca Al-Quran, kita sedang makan 'ubat & pil vitamin' hati.


Macam pagi tadi saya baca Surah Yusuf. Biasalah kan, kita ni bila bangun tidur mulalah risau banyak kerja, takut hari ni rezeki tak lancar dll. Itu petanda hati kita mula diserang penyakit. Kemudian bila saya 'telan pil', baca kisah Nabi Yusuf, hati saya mulai tenang.


Saya disedarkan, sebenarnya hidup ini so wonderful. Masalah yang saya hadapi sebenarnya amat kecil jika dibandingkan dengan idola saya, Yusuf. Baginda dulu hidupnya lagi 'hire-wire'. Sejak kecil terpisah dari ibu-bapa, abang sendiri nak bunuh, jadi hamba abdi, masuk penjara, kena fitnah & so on.


Pendek kata hidupnya bukan seharian teruk, tapi bertahun!


Orang begini jika berdasarkan zahir, pasti hatinya penuh dendam kesumat, dengki, pemarah, negatif, putus asa dll. Tapi Nabi Yusuf sebaliknya. Baginda kekal positif & rileks. Keep calm kerana baginda dapat 'power' tawakkal dari Tuhan.


Bila baca kisah ni, saya tak sempat pun nak berfikiran negatif sebab dah ada benchmark Yusuf dalam hati. Saya termotivasi utk merencana lebih baik & pergi lebih jauh kerana saya belajar dari Yusuf, seorang yg asalnya hamba pun boleh jadi somebody berjaya (menteri).


Apatah lagi kita yg ada SPM, Degree, Masters & PhD!


Bacalah Al-Quran di awal pagi. Ia bakal beri kesembuhan dlm bentuk keyakinan.
Rasa yakin utk kita menghadapi segala cabaran harian sebab, kita pun memulakan hari dengan 'pil vitamin' sama dengan Nabi Yusuf ambil, iaitu 'pil' tawakkal


keyakinan utk lakukan segalanya kerana kita disupport & dibantu Tuhan.


Itulah medicine dari Al-Quran. Dan ubat ini hanya akan berfungsi jika kita 'telan' setiap pagi. Kalau tak telan (baca Quran), macammana ia nak sembuhkan penyakit kita kan?


Jangan lupa ya, ambil pil ini sebelum pergi kerja. Anda pasti ada extra energi sepanjang hari.


Dan oh ya, ubat ni sifatnya tak boleh ambil sekali sehari je. Kena ambil 5x sehari. Bukan selepas makan, tapi selepas solat.


Senyum :)


P.S : Ubat ini (Al-Quran) ada cara pengambilannya. Maksudnya, ada tatacara bacaannya tersendiri yg dipanggil tajwid. Ilmunya simple je tapi ramai orang fikir susah.

Jom hadiri seminar Tajwid Luarbiasa. Dalam 2 hari sahaja,  anda akan kuasai tajwid & ilmu bacaan Al-Quran  hingga ke tahap yakin baca Al-Quran sendirian
& mampu ajar anak-keluarga di rumah :)