Sabtu, 31 Disember 2016

Siri Cepat Membaca Al-Quran Al-Furqan





Pujuklah Hati



'Pujuklah Hati' mengajak, memujuk dan menasihati kita agar memujuk hati dalam setiap tindak-tanduk dan pertarungan emosi antara positif dan negatif ke arah menundukkan jiwa kepada-Nya. Kisah berselang puisi ini diadun rapi dengan kias dan tamsilan daripada kisah yang pernah dilalui oleh penulis sendiri, sebahagian anggota masyarakat, sirah, pengertian hadis dan ayat-ayat suci al-Quran menjadikan nasihat dan pujukan halus ini dengan mudah menelusuri naluri si pembaca yang sedang bergelodak dengan pelbagai rasa. Memang tidak dapat dinafikan kita yakni manusia, sering tewas dalam mengawal emosi dan memujuk hati. Namun, ia tidak boleh dijadikan alasan kerana ada Allah bersama kita. Mengadulah kepadanya, insya-Allah hati yang gundah boleh segera terpujuk.

Apa jua ujian yang melanda kita, bawa hati kembali kepada Allah dan lihatlah bagaimana dengan cepat kadar tekanan kita berkurangan!





Khamis, 29 Disember 2016

Fire Sale 2017 Cikgu Hafiz


7 Teknik & Strategi PROVEN RESULT Yang Cikgu Hafiz Buat Tahun 2016 Dalam Bisnes Internet Marketing HasilkanYang Anda Boleh Follow & Apply Untuk Bisnes Online Anda

Sebenarnya ada pelbagai strategi untuk hasilkan income dalam bisnes internet marketing dan ramai usahawan sudah follow teknik dan strategi beliau





So, saya syorkan anda juga gunakan teknik dan strategi ini untuk bisnes anda. 








Rabu, 28 Disember 2016

Jodoh Berdua


Siapa sangka, secawan teh o boleh dipegang sebagai sebab bertemu jodoh? Siapalah yang tahu, apabila gurauan yang dianggap serius akhirnya berakhir di pelamin? Juga, tiada siapa yang menyangka hantaran yang sudah siap hanya akan disimpan kemas-kemas dalam kotak di atas almari. Dipikat orang lain, bersahabat dengan orang lain, tetapi akhirnya dipinang oleh orang yang tidak pernah didekati? Serabut, tetapi ia memang berlaku. Kesemua kisah ini dikongsikan dalam Jodoh Berdua, seperti yang disampaikan kepada penulis. 





Selasa, 27 Disember 2016

Suami Hensem ... Isteri Ohsem



Menyelami perbezaan lelaki dan wanita dalam memperbaiki hubungan dan komunikasi suami isteri. 





Isnin, 26 Disember 2016

Detik Itu... DIA Menguji Kita



Seluruh kehidupan adalah ujian, namun ujian duka kelihatan lebih mencabar.


Buku ini merupakan tulisan bersama Prof. Muhd Kamil Ibrahim dan Noraini Bahari. Konsep asas penulisan karya ini adalah untuk mengingatkan diri akan kematian yang pasti menjelma. Namun, sebelum detik itu tiba, kehidupan ini akan dilalui dengan kehadiran pelbagai ujian. Ujian sentiasa hadir. Dia mengajar kita untuk sabar dan solat. Itulah tanda redha menjadi tunggangan yang tidak memenatkan. Benar, sepanjang berusaha dan bertawakal, sudah pasti kita bertemu dengan onak, duri dan ranjau kerana kehidupan itu sendiri merupakan ujian besar. Kita dicipta dan dilahirkan di muka bumi ini semata-semata untuk menyembah dan beramal ibadat kepada-Nya.

Karya ini menampilkan kisah diri dan mereka yang hampir dalam melihat, merasai dan melalui setiap ujian-Nya yang datang bersilih berganti. Ujian biasa-biasa yang tidak terbanding dengan ujian para nabi dan rasul tetapi inilah teras penulisan yang mereka persembahkan kepada khalayak pembaca berkait dengan kisah-kisah kehidupan yang telah mereka lalui bersama dengan keluarga dan masyarakat. Tidak kiralah sama ada ia besar atau kecil, biasa atau luar biasa kerana sesungguhnya hidup adalah ujian. Niat akhir penulis agar karya mereka ini menjadi penyebab untuk mereka dan khalayak mendekatkan diri kepada-Nya. Insya-Allah.





Tip Memikat Temuduga Swasta





Kecurangan dalam Perkahwinan



Isu kecurangan semakin membarah hari ini dan banyak perkahwinan serta rumahtangga diuji dengan kehadiran orang ketiga. Namun, tiada penjelasan yang lengkap dan terperinci untuk memahami apa, siapa, mengapa dan bagaimana boleh berlakunya curang. Ramai di kalangan mereka yang berhadapan dengan isu sebegini mengunci diri daripada berkongsi disebabkan rasa malu sehingga membuatkan mereka sering bermain dengan emosi serta dihantui dengan pelbagai persoalan tanpa jawapan yang pasti. Kenapa dia curang? Apa kurangnya aku lebihnya dia? Apa tanda pasanganku curang? Siapa yang harus dipersalahkan? Bagaimana nak ubati hati yang terluka? Inilah antara persoalan yang akan terjawab di dalam buku ini selain meleraikan berbagai lagi tanda tanya yang membuntu di minda.

Kecurangan bukan sahaja memberi kesan terhadap pasangan dan hubungan mereka malah anak-anak juga akan turut terkesan dan sedikit sebanyak boleh mempengaruhi perkembangan dan cara hidup mereka apabila dewasa kelak. Lantaran itu, penulis memandang serius permasalahan ini sehingga menukilkan naskhah ini untuk membantu masyarakat hadhari yang hidup di zaman kecanggihan teknologi moden yang memungkinkan hidup berkeluarga lebih mencabar dan terdedah dengan aura negatif. Kecurangan Offline vs Kecurangan Online. Ingin tahu apa yang dimaksudkannya? Buku ini akan mengupas dan membincangkan mengenainya.

Diharap buku ini dapat membantu merungkai persoalan-persoalan yang menjadi tanda tanya setiap pembaca di luar sana khususnya bagi mereka yang berhadapan dengan isu kecurangan. Penting untuk diketahui dan difahami bahawa perkahwinan yang dihimpit dengan permasalahan ini masih boleh diselamatkan malah boleh jadi lebih baik hubungannya andai kedua-dua pasangan bersedia dan sanggup bekerjasama dan berkerja keras untuk memperbaiki dan menambahbaik kelemahan dan kekurangan masing-masing. Ingin tahu bagaimana? Buku ini ada jawapannya.

Segala jawapan, perbincangan, kupasan dan huraian yang dimuatkan dalam buku ini adalah melalui pengalaman penulis dari kes-kes rumahtangga yang dikendalikan, pengalaman pengamal kaunseling dan psikologi, kajian dan literatur tentang kecurangan serta dikuatkan hujah dengan dalil-dalil naqli Al-Quran dan Hadith. Allah SWT kata mesti jauhi, Rasulallah SAW sabda jangan hampiri. Namun, kenapa manusia masih dekati larangan ini? Buku ini akan memaparkan bukti-bukti naqli yang tidak boleh dinafi serta analogi-analogi yang boleh membuka mata hati.





Ahad, 25 Disember 2016

Buat Duit Dengan Bisnes Home Stay




Buku ini memberi gambaran sebenar berserta idea-idea kreatif, sisipan-sisipan penting dan contoh-contoh praktikal bagi bakal-bakal usahawan baru, penuntut-penuntut bidang perkhidmatan dan juga usahawan yang sedang menjalankan perniagaan Homestay. Skop buku ini merangkumi keperluan penginap, langkah-langkah perniagaan, impak daripada pelbagai pihak dan kejayaan bisnes yang diharapkan. Di akhir pembacaan, semestinya para pembaca akan dapat membuka minda yang akan memberi nafas baru dalam industri penginapan





40 Soalan Sebelum Memohon pinjaman Perumahan




Apa sahaja jenis pinjaman perumahan yang anda untuk membeli apa sahaja jenis hartanah, buku ini akan membantu anda memahami dokumen-dokumen yang anda tandatangani apabila anda mengambil pinjaman perumahan.

Buku ini mengandungi semua soalan (dan jawapan) yang perlu anda tanya peguam anda sebelum menandatangani sebarang pinjaman perumahan.

Buku ini akan:
  • Membuat anda faham tentang jenis-jenis pinjaman perumahan dan institusi-institusi yang menawarkan.
  • Menerangkan apakah pinjaman perumahan konvensional dan pinjaman perumahan Islam serta dokumen-dokumen yang digunakan ketika meminjam salah satu daripada -pinjaman-pinjaman ini.
  • Menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan penjelasan awal pinjaman, tempoh masa terkunci, rebat dan penalti.
  • Menerangkan apakah maksud margin, penilaian dan tempoh masa pinjaman.
  • Menerangkan dengan jelas bagaimana pinjaman perumahan diproses, bagaimana pemeriksaan latar belakang kredit dilakukan menggunakan sistem CCRIS dan CTOS.
  • Menerangkan keseluruhan transaksi pembelian hartanah dengan pinjaman perumahan secara infografik.

Cara pembacaan mudah dan contoh-contoh yang boleh diaplikasikan akan memudahkan anda untuk mencari topik-topik dalam buku ini mengikut keperluan anda. Buku ini adalah buku yang melengkapkan buku-buku tulisan Khairul Anuar sebelum ini dan apa jua buku mengenai hartanah dan kewangan. Buku ini tidak dipenuhi dengan terma undang-undang seperti ‘institusi kewangan’ yang digantikan dengan perkataan mudah seperti ‘bank’ untuk memudahkan ia difahami oleh para pembaca.

Bijak Hartanah




Buku ini akan mengupas cara mudah mendapatkan sekurang-kurangnya sebuah rumah untuk dijadikan aset dan akhirnya memperoleh keuntungan berlipat kali ganda hasil daripada memanipulasi strategi tanpa sebarang masalah. Selain itu, ia turut mengupas keperluan utama yang melingkari putaran hartanah rumah lelong selain pautan-pautan tambahan yang boleh anda jadikan sandaran dalam melangkah lebih jauh lagi.

Pelajari:
  • Membantu anda celik ilmu pelaburan hartanah rumah lelong yang berjaya.
  • Kaedah sebenar penguasaan hartanah rumah lelong mengikut langkah-langkah yang praktikal didedahkan.
  • Pelabur hartanah ‘luar biasa’ melabur dengan perancangan, strategi dan hala tuju jelas. Melabur dengan menyusun atur modal secara efektif dan penuh terancang serta membeli berdasarkan kitaran/faktor pasaran.
  • Pembaca mampu untuk mendapatkan rumah pada kadar yang amat murah melalui pembacaan buku ini.
  • Anda akan tahu lebih mendalam lokasi terbaik untuk anda membuat Pelaburan Hartanah yang boleh memberikan pulangan semaksimum yang mungkin.

Sabtu, 24 Disember 2016

Biografi Muhammad bin Abdullah





Kenang perjuangan Nabi Muhammad SAW melalui kisah agungnya.

Dapatkan buku Biografi Muhammad Bin Abdullah, yang berkongsi kisah perjalanan hidup pemimpin yang sentiasa dirindui.





Sabtu, 3 Disember 2016

English Itu Mudah




Antara kekangan/masalah yang dihadapi apabila belajar GRAMMAR:

  • Banyak perkataan yang tidak difahami (vocab) bila membaca buku rujukan
  • Mudah bosan kerana setiap kali tak tahu makna perkataan kene bukak kamus
  • Penerangan dalam buku tentang penggunaan GRAMMAR yang betul sukar difahami

' KINI .... ADA PENYELESAIANNYA '

DAPATKAN BUKU 'ENGLISH ITU MUDAH'

Mudah difahami kerana penerangan cara/kaedah penggunaan GRAMMAR yang betul diterangkan dalam 'BAHASA MELAYU'





Jumaat, 2 Disember 2016

Pakej Rujukan Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam


Adakah anda dipanggil untuk sesi peperiksaan Online untuk jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam


Jika dipanggil ..... ada rujukan untuk anda. 



Jika anda tak tahu anda dipanggil atau tidak, boleh terus semak di laman rasmi spa.gov.my

Khamis, 1 Disember 2016

Adat vs Ibadat



Masyarakat Melayu Islam mempunyai amalan keagamaan yang tersendiri. Amalan-amalan ini diwarisi daripada generasi sebelum mereka. Hari ini, kedengaran suara dan tulisan yang mempertikaikan amalan - amalan yang dilakukan oleh masyarakat tersebut. Kritikan dan pertikaian terhadap amalan ini disandarkan kepada sebuah hadis Nabi SAW. Akibatnya, timbul pergaduhan dan perbalahan dalam kalangan masyarakat Melayu Islam. Oleh itu, milikilah buku ini bagi mengetahui jawapan kepada beberapa persoalan mengenai amalan masyarakat Islam di Nusantara.

  • Kelebihan 1 - Perbincangan tentang sesuatu isu dan amalan yang kerap menimbulkan perbalahan dibincangkan secara ilmiah.
  • Kelebihan 2 - Antara wasilah utama untuk memahami panduan Islam berdasarkan kepada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam suatu amalan yang berlegar dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
  • Kelebihan 3 - Semoga penjelasan dalam buku ini dapat mendidik individu menjadi seorang Muslim yang moderat, dan mampu mewujudkan suasana harmoni dalam komunitinya sendiri.
  • Kelebihan 4 - Gaya persembahan buku yang menarik, ringkas dan mudah difahami.