Jumaat, 21 April 2017

ASAS, TEKNIK DAN STRATEGI



Asas, Teknik dan strategi? Mana lagi penting? Sebagai kesimpulan, Semuanya penting cuma tersangat penting untuk tahu dan asingkan mana lagi penting untuk faham terlebih dulu..

Asas, Merupakan tapak untuk setiap perbuatan. Nak pendekkan cerita, setiap perbuatan perlukan asas. Nak berlari mesti ada asas keseimbangan badan dan berjalan. Nak menari mesti ada asas tarian sebelum jadi lebih hebat. sebab tu ianya penting!

Teknik pula merupakan Idea-Idea yang muncul daripada asas atau ayat mudahnya idea manipulasi asas atau kombinasi asas-asas. Setiap orang mempunyai teknik yang berbeza tapi Asas yang sama. Proses untuk jadikan sesuatu Teknik yang proven ianya memakan masa, kos dan idea yang banyak.

Strategi pula merupakan 'peta besar' dalam mencapai sesuatu matlamat yang terkandung teknik-teknik. Peta ni sangat penting untuk memudahkan tuan puan tahu teknik yang macamana lebih berkesan untuk capai matlamat tersebut. Strategi ni tak perlu mintak orang punya. Cipta strategi sendiri. Dalam kes lain, ada juga yang jenis belajar strategi orang kemudian jadikan panduan untuk strategi diri sendiri.

Ramai usahawan belajar teknik, teknik dan teknik, tetapi tak tahu asas dan strategi.. Mereka berjaya ke? yess mereka berjaya tapi 'sekejap' lepas tu jatuh dan cuba apply teknik yang sama tetapi banyak kes dimana teknik mereka dah tak relevan lagi masa tu. Kemudian nak buat strategi baru tak boleh sebab tak faham asas. Cukup belajar teknik. Back to Basic, This is 2017 bro. Break the pattern, and Make your own Idea

Nak belajar #Asas, #Teknik & #Strategi jualan 5 angka serentak?





Catat Ulasan