Selasa, 18 April 2017

Halau makhluk perosak dengan berkesan


Memang cukup geram apabila tanaman yang diusahakan langsung tidak dapat dimakan kerana dikacau oleh kera dan babi hutan. Racun pun dah letak nanti ia tetap banyak. Kalau makan sikit sikit, tak apa lah. Ini langsung terus habis sepokok apabila datang.



Kerimo adalah singkatan kepada Kencing Harimau atau Kencing RIMO dalam bahasa tempatan di Kuala Kangsar. Ia adalah bauan seakan akan bau kencing harimau. Harimau merupakan raja rimba yang ditakuti pelbagai haiwan termasuklah manusia. Cuma manusia tidak tahu baunya bagaimana.

Bau sedikit Hamis seakan akan bau kencing harimau membuatkan kera dan beruk lari mencicit tidak berani mendekati kawasan disembur KERIMO. 

Kerimo ini merupakan hasil daripada penduduk tempatan Kuala Kangsar. Malah saudara beliau seorang guru telah berjaya menerima Anugerah Tempat Pertama Guru Inovasi Negeri Perak 2015 dengan memperkenalkan produk bauan kencing harimau ini.
Catat Ulasan