Ahad, 9 April 2017

Menjejaki Jutawan Senyap



Selama ini para peniaga kecil atau usahawan jalanan tidak dipandang orang. Mereka dianggap 'kelas bawahan' tidak ada pejabat dan tidak perlu ada business card.

Cara mereka berusaha macam penyu lepas ke lautan luas dengan tidak tahu untung nasibnya. Apabila mahu bertelur pulanglah ia ke daratan dan barulah diintai orang. Bertelur ratusan biji tetapi mereka tetap senyap tanpa suara... apa yang keluar hanyalah air mata.

Akhirnya tanpa sedar harta mereka mencecah jutaan ringgit. Mereka masih tetap senyap. Itulah Jutawan Senyap. Jutawan yang tidak terpandang dan tidak terbilang. Tiada glamour, tiada kuasa dan tiada nama. Namun mereka hebat...

Mungkin jiran anda Jutawan Senyap? Anda tidak akan tahu sehinggalah anda menjadi salah seorang daripada mereka!
Catat Ulasan